Tanda-tanda
Sebelum Kita Meninggal Dunia 100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda
pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat
tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku
lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke
hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. 40 hari sebelum
kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur
dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil
daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia
akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih
akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan
diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang
sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan. 3 hari
sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi
kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis
dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika
ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit
hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya
dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan
beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 hari sebelum
kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan
kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. Hari kematian
– Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di
bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke
bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan
berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan
pula.
petikan dr rakan FB