Kawan-kawan Ku

Mencari Hadiah Yg Sesuai, Klik Cni :)

Rabu, 3 Ogos 2011

PUASA RAMADHAN

bahasa ~ menahan diri daripada sesuatu

syarak ~ menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari, dimulai dengan niat untuk puasa, untuk mengharapkan keredhaan Allah s.w.t.

Berpuasa bulan Ramdhan ~ WAJIB (fardu ain) 

Dalil al_Quran

Maksudnya: Wahai orang yang beriman, diwajibkan atasmu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang sebelum kamu semoga kamu bertaqwa.
(Surah a-Baqarah: 183)

Syarat-syarat Wajib Puasa
1. Islam ~ Puasa tdk wajib kpd org yg bukan islam
2. Baligh ~ belum cukup umur tdk diwajibkan berpuasa namun knk-knk digalakkan utk dilatih spy berpuasa
3. Berakal ~ org gila tdk diwajibkan berpuasa
4. Sihat ~ jk puasa menambah mudarat, tdk diwajibkan berpuasa, biasanya 
   org tua & terlalu uzur, namun  hendaklah membayar fidyah
5.Bermukim ~ musafir tdk wajib berpuasa ttp wajib menggantikan slps bln Ramadhan.
6. Suci ~ suci drpd haid & nifas bg wanita


Niat Puasa

"Sengaja aku berpuasa pada esok hari dalam menunaikan fardu bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala."


Syarat-syarat Sah Puasa
i    Islam
ii   Berakal dan mumayyiz (tahu membezakan yang mana najis dan yang
    mana tidak)
iii  Suci daripada haid dan nifas
iv  Apabila nyata masuknya bulan Ramadhan


Rukun Puasa
i   Orang yang berpuasa
ii  Berniat
iii Menahan diri drpd perkara2 yg membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari


Perkara-perkara yang Membatalkan Puasa
i    Makan @ minum dgn sengaja walaupun sedikit (jk terlupa tdk 
    membatalkan puasa ttp wajib berhenti   
    sewaktu menyedari bhw diri sdg berpuasa)
ii   Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dgn sengaja
iii  Muntah dgn sengaja
iv  Keluar haid dan nifas
v   Gila
vi  Murtad (keluar drpd islam)
vii  Mengeluarkan mani dgn sengaja
viii Bersetubuh (melakukan hbgn kelamin pd siang hari bulan Ramdhan)


Perkara-perkara Sunat 
i   Segerakan berbuka puasa
ii   Berbuka puasa dgn buah tamar @ sesuatu yg manis
iii  Membaca doa sekurang-kurangnya :

"Ya Allah, bagi Engkaulah amalan puasaku ini kepada Engkau aku beriman dan dengan rezeki Engkaulah aku berbuka."

iv   Melambatkan waktu bersahur kerana ada berkat padanya
v    Memperbanyakkan membaca al-Quran, berzikir, berselawat dan membuat amal-amal yg baik
vi   Banyakkan bersedekah kpd fakir miskin dan anak-anak yang kurang bernasib baik
vii  Jauhkan bercakap perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah
viii  Mandi junub awal sebelum masuknya waktu Subuh


Hari-hari yang Diharamkan Berpuasa

i   Hari raya Aidilfitri pada 1 Syawal
ii  Hari raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah
iii Tiga hari Tasyriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah
iv Pada hari syak iaitu hari yg diragui antara 30 Syaaban atau sudah masuk 1 Ramadhan



*Rujukan dari buku Hadiah Buat Muslimah*

3 ulasan:

  1. Lama x bc buku2 ilmiah/islamik...benda2 camni pun bnyk dh lupe..bl bc kat sini, at least ingat smula ape yg terlupa.. :)

    BalasPadam
  2. Tu ah.. k da pun baru slow2 berjinak2 ngan buku2 ilmiah.. kata je jual buku, tp mls baca buku.. ekeke.. :)

    BalasPadam
  3. Sungguh cantik kain pelekat,
    Dipakai orang pergi ke pekan.
    Hari raya semakin dekat,
    Silap dan salah mohon dimaafkan

    Sebelum cahaya surga padam,
    Sebelum hidup berakhir,
    Sebelum pintu tobat tertutup,
    Mohon maaf zahir dan batin....

    Selamat Hari Raya Aidilfitri

    BalasPadam